[Ebook] ➡ Travelog Faghuzi Author Ahmad Fauzan Azam – Motyourdrive.co.uk



10 thoughts on “Travelog Faghuzi

  1. says:

    Saya sedang membaca The Routledge Companion to Travel Writing pada mulanya Salah satu aspek yang diteliti oleh Thompson mengenai penulisan kembara adalah kesahihan pengalaman yang dirakam pengembara.Apabila membaca ulasan ulasan buku kembara, terjumpa di sebuah blog, ada yang mempertanyakan mengenai kesahihan sesetengah momen kembara dalam Travelog Faghuzi ini, membawa saya kepada membacanya.Penilaian buku apapun bagi saya boleh dilihat dari dua sudut Makna isi hikmah yang hendak dibawa, dan nilai estetikanya Dari segi estetika, buku ini tidak berada dalam kategori yang luar biasa Cara pengungkapannya sederhana dan bersahaja Dari segi makna isi hikmah, mungkin kalau saya yang remaja membaca buku ini, akan ada rasa kagum yang sedikit melulu, tetapi pengalaman membaca sastera kembara yang lebih tinggi nilai intelektualnya membuat buku ini berasa agak hambar, belum cukup mendalam perenungannya Sebagai seorang ibu, gusar memikirkan betapa terbukanya anak muda sekarang dalam meringan ringankan apa yang diberatkan oleh agama seolah olah semua itu hanya sekadar angin lalu Sekadar teguran dan peringatan untuk diri sendiri dan pembaca lain yang dikasihi, dalam hal perlakuan dosa, tidak timbul isu bersikap jujur dalam hal membuka keaiban diri setelah melakukan dosa dosa besar, kerana semua itu adalah perkara yang dilarang oleh agama kita untuk membukanya kepada orang lain Kalau dosa itu antara kita dan Allah, tutuplah sambil bertaubat kepada Nya Semoga dosa itu diampuni seluruhnya oleh Allah Khuatir dalam melaung laungkan dosa yang telah kita lakukan sehingga mencatatnya dalam tulisan, kita sebenarnya menjadi orang yang berbangga bangga dengan dosa Sedangkan sebarang apa salah yang dicatatkan malaikat dalam buku amalan, yang masih belum dibentang di depan mana2 manusia, kita berharap semua itu akan dipadam oleh Allah di hadapanNya nanti, kenapa sekarang kita harus menyebarkannya dengan tangan kita sendiri Apapun, saya berharap agar apa saja yang tidak halal di sisi agama dan dirakam dalam travelog ini, hanyalah secebis fiksyen yang diselitkan Ini kerana pengarang sendiri memberi satu watak lain kepada pengembara dalam buku ini, iaitu Faghuzi Mudah2an tidak merujuk dirinya sendiri Kalau benar tanggapan saya tentang berbaurnya fiksyen dan fakta dalam travelog ini, jadi benar sekali aspek yang dibincangkan Carl Thompson dalam bukunya The Routledge Companion to Travel Writing mengenai sejauh mana kebenaran dibawakan oleh para pengembara dalam buku masing masing.


  2. says:

    Rekaan kulit buku pada saya stylo Cukup memanggil.Ini buku kedua terbitan Rabak Lit yang saya capai sesudah buku Anwar Hadi Berdasarkan apa yang pernah saya dengar, kadar rejeksi manuskrip yang dihantar ke Rabak Lit agak tinggi Melainkan penulis seorang selebriti atau teman rapat penerbit Maka, saya beranggapan buku buku yang berjaya diterbitkan hebat hebat belaka Namun, sangkaan saya meleset sekali usai membaca Travelog Faghuzi.Sama ada cerita ini kisah benar atau fiksyen semata mata sukar dipastikan Terlalu banyak elemen tak logik dan seakan ditokok tambah Jadi, saya akan memberi komen dengan anggapan bahawa Travelog ini fiksyen Andai kata ia kisah benar, the same argument applies.Buku ini kisah Faghuzi penulis , seorang penganggur atas pilihan sendiri yang seakan tiada hala tuju dalam hidup Tiba tiba diajak oleh seorang rakan untuk sama sama menggembara ke Indonesia selama sebulan Di Indonesia, tak banyak benda menarik yang berlaku selain merokok, sembang merapu, layan ganja dan minum arak Ya, watak Faghuzi seorang muslim yang gemar arak Kalau dihimpunkan coretan merokok, minum dan layan ganja sahaja, tak mustahil sudah cover separuh buku Secara peribadi, watak Haeri rakan backpackers yang mencadangkan pengembaraan ini lebih menarik Seorang yang berprinsip Bercakap soal logik, pusing pusing watak yang sama ditembungi semula sepanjang jelajah Indonesia dari satu hujung ke hujung Kemunculan mengejut Pak Made, gelandangan dari Jakarta misalnya Siap sempat buat kutipan derma kilat untuk membantu Faghuzi dan Haeri Really Itu belum masuk pertembungan semula dengan Natalie secara rambang di pantai sunyi Siap boleh romen lagi Fantasi gersang Faghuzi barangkali Dari segi penulisan, gaya bahasa tidak konsisten Naratif yang formal boleh beralih secara tiba tiba ke pasar dalam perenggan yang sama Tidak mengapa, boleh dimaafkan Dialog inggeris usah cakap, memang ke laut Termasuk juga dialog watak watak orang putih Aspek ini mencacatkan feel sebab mat saleh digambarkan semacam tak reti cakap bahasa sendiri Ikut pada halaman hakcipta buku, konon ada penyunting Nampak gaya dia tak buat kerja Malah, ada bab yang tersalah susun membawa kepada kekeliruan pembaca Hampeh Ambil masa juga nak sedar tentang ini Lagi satu, perlukah diperincikan perihal buka peti ais, segala item yang ada di dalam, dan apa yang akhirnya diambil Tak menyumbang apa apa pun selain ketebalan buku Patutlah tebal.Quote yang disertakan di awal setiap bab kebanyakannya tak relevan Barangkali disertakan agar tampak lebih intelektual Entahlah.Overall, mengecewakan Travelog ini kosong Tiada substance.No Rabak Lit books for me.


  3. says:

    Ini adalah buku yang tak pura pura untuk please kamu Tulisan yang jujur dengan pengalaman sebenar penulis sebulan di Indonesia Ini bukan cerita untuk pelancong Tapi dia dapat capture momen penting semasa penulis berada di sana It s a good book dimana dia build up dari awal kemudia klimaks di tengah dengan pelbagai cerita yang dilalui penulis.Membaca buku ni akan buat kau rasa nak selak lagi dan lagi untuk pengembaraan seterusnya sampai ke muka terakhir Even so, kau mengharapkan helaian seterusnya masih wujud lagi untuk kau hadam cerita dari penulis ni.A great stuff to start your santai evening, hujung minggu, dalam mall, di rumah atau di mana saja Dahagakan pengembaraan Go and drink this travelogue Recommended.


  4. says:

    3 hari untuk buku yang boleh dikira agak tebal dari segi fizikalnya, boleh disimpulkan penulisan buku ini agak senang di baca dengan gaya penulisan yang agak santai Tulisannya mengingatkan aku kepada buku tulisan Azaruddin Paiman yang juga dalam genre travelog, tapi bezanya Din Paiman lebih lucu dan Faghuzi lebih biasa, tidaklah kelakar tapi tulisannya mudah dihadam.Aku tak mahu ulas tentang apa yang penulis buat ketika disana kerana ianya sebahagian dari travelog beliau samada 100% benar atau diadun dengan sedikit fiksyen, terpulang Aku hanya enjoy sambil membayangkan bandar bandar Indonesia yang dilawati serta masyarakat tempatan, makanan dan pelancong eropah yang dicerita oleh penulis.Buku yang senang dibaca dan dihabiskan walaupun aku ni jenis susah nak habiskan sesuatu naskah, mungkin aku memang berminat dengan genre travelog Jika diteliti boleh dikatakan tulisannya agak biasa dan tiada apa yang mengujakan tapi ia tetap bahan bacaan yang baik 3.5 bintang mungkin


  5. says:

    buku ini terlalu tebal dan sarat dengan disripsi yang patutnya tidak perlu ditunjulkan setiap masa iaitu tentang rokokterkadang ak terfakap sendiri memirikan hendak menghisap disaat membaca agak memeret dan kurang penghayatan dan kritikal review yang boleh mengisi minda pembaca kisahnya juga agak jujur dan klishe yang hanya dikongsi dengan teman rapat hmmmm..what happened in xx stay in xx.


  6. says:

    Dari segi maklumat memang banyak yang boleh di manfaatkan bagi yang berminat mengembara di Indonesia Namapon travelog, jadi banyaknya berkisar cerita peribadi penulis Ada bab yang mungkin tersalah susunannya, jadi bila baca macam confuse sekejap Ada bab yang sensor sikit Budak budak tak boleh baca, huhu Overall, so so lah.


  7. says:

    Perjalanan penulis ke Indonesia dari Jakarta Bandung Yogyakarta Bromo Bali Lombok.Permulaan cerita yang sangat perlahan Saya hampir hampir menoktahkan pembacaan buku ini kerana menyangka ini adalah diari seorang perokok Terdapat banyak perkara yang tidak perlu dimasukkan di dalam buku seperti merokok dan kucing naik atas meja Bagi saya, editor buku perlu lebih teliti agar pembaca tidak bosan membaca perbuatan yang berulang.Perjalanan penulis mula menarik apabila beliau berada di Bromo Mendaki Gunung Bromo, bertemu pengembara yang lain, bergaduh dengan teman, orang tempatan membantu membayar duit homestay di Lombok, itu semua adalah satu peristiwa menarik dan benar yang akan dilalui para pengembara.Satu pengembaraan yang menarik, sebulan di Indonesia yang menarik Buku dibeli dari Nurul Syahida Hasan Enterprise buku terpakai


  8. says:

    Best Terasa nak balik berliburan di Indonesia


  9. says:

    Aku simpan cita cita nak beli buku ni sejak dapat peluang borak borak dengan Uchan masa JBWRF 2015 lagi tapi masa tu aku tak berapa berkenan dengan cover dia Dan aku tunggu Rabak Lit tukar cover baru seperti sekarang Hahahaha Itu cerita lain.Bila aku baca catatan Faghuzi, aku teringat Pengembaraan Tanah Kusir Jepun Din Paiman Tahap dia merapu yang jenis aku suka Merapu pasal self esteem, pasal jati diri, pasal makwe bule Natalie, pasal gaduh dengan Haeri aku excited bila baca part ni , pasal dapat peta Lombok dekat muka Aku suka everything little description tentang lokasi yang dia pergi, benda yang dia makan, aktiviti yang dia lakukan, kenderaan yang dia naiki, strangers yang dia jumpa, harga yang dia bayar, hostel yang dia tidur, rokok yang dia hisap, duit yang dia short Aku suka macam mana dia start every chapter dengan quote yang best.Lepas habis baca, aku rasa macam nak ajak Uchan teman aku pi travel ke Jogja Jadi private tourist guide Hahaha.Good job, Uchan.


  10. says:

    First sekali, cover dia smart and simple.Baca travelog ni buat aku rasa nak pi Indonesia, nak hike kat Rinjani, Bromo Nak pi Nusa Lembungan Cara penulis ni menggambarkan keindahan kat sana, perhh terbayang terbayang pulak dekat ruang fikiran Apa yang aku suka pasal travelog ni selain cerita sempoi adalah, setiap bab ada word of wisdom Kadang kadang, dalam cerita tu sendiri mesti ada nilai moral yang kau dapat amik dan untuk kau fikir dan cerna sendiri Nilai moral ada nilai tak bermoral pun ada, tapi amik nilai moral je lah eh Kengkadang aku terfikir, betul ke penulis ni buat everyyhing yang dia mention dalam ni Aku rasa macam ada certain part tu merupakan rekaanpenulis sebagai penyedap rasa, or mungkin untuk buat pembaca a lil bit skeptikal Tapi kalau betul dia buat, hmm takpelah itu hang ngan Tuhan.Tapi serious talk, aku rasa terganggu sikit la baca bila certain part tu Rasa macam nak ganti tempat Haeri, pastu tolong ceramahkan Faghuzi HAHHHA Anyway good job penulis Boleh buat buku seterusnya, aku nak beli HAHHA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Travelog Faghuzi download Travelog Faghuzi , read online Travelog Faghuzi , kindle ebook Travelog Faghuzi , Travelog Faghuzi 7fc5923ea38b Best Book, Travelog Faghuzi Author Ahmad Fauzan Azam This Is Very Good And Becomes The Main Topic To Read, The Readers Are Very Takjup And Always Take Inspiration From The Contents Of The Book Travelog Faghuzi , Essay By Ahmad Fauzan Azam Is Now On Our Website And You Can Download It By Register What Are You Waiting For Please Read And Make A Refission For You