☆ [PDF / Epub] ★ BOLA By Dayang Noor ✩ – Motyourdrive.co.uk

BOLA chapter 1 BOLA, meaning BOLA, genre BOLA, book cover BOLA, flies BOLA, BOLA d780494ed5d38 BOLA Ialah Kumpulan Cerpen Fixi Yang Diilhamkan Oleh Permainan Yang Adiktif Ini Ada Hantaran Lambung Yang Cantik, Ada Larian Solo Yang Menggamit Memori, Dan Sudah Pasti Ada Bentesan Keras Yang Layak Dilayangkan Kad MerahBuku Ini Dicetak Hanya Sekali Pada Oktober Dan , Keping Dihasilkan Ia Tidak Akan Dijual Di Kedai Kedai Buku Tapi Hanya Online Di Fixi Dan Di Events Seperti Di Pesta BukuKalau Bila Buku Ni Habis Dijual, Kami Harap Ia Akan Masuk Pasaran Gelap Short Stories By Writers Associated With The Malaysian Publishing Label Fixi, All Inspired By The World S Most Popular Spectator Sport, Football And The Crowd Goes Wild Line Up LANGKAH Adib ZainiRODONG Hasrul RizwanLIGA MANDREM Dayang NoorDIARI Raja FaisalSESAAT KE GAWANG Faizal SulaimanBOLA API Arif ZulkifliSATU SAMA Asyraf BaktiMENJADI TUHAN Fikri MistiBURGER BOLA SPECIAL Hani Amira SurayaRUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING Mim JamilKEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK Zulaikha Sizarafalina AliAKU BOOKIE BOLASEPAK Nama NamiJERSI BOLA Shafaza Zara Syed YusofOLEH BIR DAN BOLA Mohd AzmenMISI BOLA GILA Julie AnneBUKAN SEBAB BOLA Nadia KhanAKU YANG KEGERSANGAN Syaihan SyafiqSEPAK BOLA Ridhwan SaidiBAHLUL Vs BEAUTIFUL Shaz JoharEditor Iqbal Abu BakarKulit TeckcheeCetakan Tunggal Oktober


10 thoughts on “BOLA

  1. says:

    1 10 Langkah Adib Zaini Like Hamba suka kisah Ash, seorang kanak kanak perempuan yang minat DAN tahu bermain bola sepak tetapi seiring kedewasaan, dia tahu, kita semua pun tahu, tiada istilah masa depan atau kejayaan sebagai pemain bola sepak wanita di Malaysia ini Hakikat yang membuat hamba tidak merasa bersalah kerana cuma tahu menjadi penonton Hehe.2 Rodong Hasrul Ridwan Super Like Kisah sebiji bola dari satu sisi lain selain permainan bola sepak iaitu sebagai satu objek penyelamat bagi tiga sekawan Dolha, Megat dan Sanusi yang berenang kembali ke tanah air berpelampungkan bola Sungguh, cerpen ini buat hamba sayang Malaysia lebih 3 Liga Mandrem Dayang Noor Like 100% dari mula, suku, pertengahan dan penghabisan, semuanya tentang mandrem bola sepak Dari sudut realitinya hamba merasakan cerpen ini paling tiada logika tetapi mungkin kerana itu hamba tak boleh berhenti ketawa dari huruf pertama sehinggalah noktah terakhir cerpen ini.4 Diari Raja Faisal Like Bukan semata mata tentang perebutan Piala Angkatan Tentera walaupun sedikit khusus kepada kisah Sulaiman yang mahu membuktikan tentera dari Divisyen Sains bukan lembik tetapi ini juga kisah Projek Kosair yang mungkin boleh membantu negara menghadapi musuh Ah, tak cukup Hamba ingin tahu lebih tentang kesudahan kisah ini.5 Sesaat Ke Gawang Faizal Sulaiman So so Permulaan yang neutral hampir kepada bosan tetapi penamat yang licik menarik mengejutkan Wondering apa terjadi dengan Khusyairi 6 Bola Api Arif Zulkifli Super Like Perkataan pertama yang hamba kata sesudah menamatkan bacaan cerpen ini wow Kisah permainan bola di atas lantai api yang hamba fikir agak mengesankan untuk mengatakan tidak pada penjajahan.7 Satu Sama Asyraf Bakti Super like Kisah sabotaj seorang menteri sempena lawatan si menteri ke sebuah kampung tergolek di sawah padi lalu diberi pula hadiah istimewa oleh musuh lamanya sewaktu perlawanan bola sepak Gelak tak ingat 8 Menjadi Tuhan Fikri Misti So so Maaf, hamba agak lari konsentrasi ketika membaca cerpen ini kerana sedikit mendatar dan bosan 9 Burger Bola Special Hani Amira Suraya Super like 100% sweet bagaimana Benjo propose Dayana selepas menonton final bola sepak Sukan Sea 2011 Malaysia vs Indonesia Cerpen ini menyegarkan ingatan hamba tentang malam paling riuh rendah yang mungkin boleh membuat hamba didiagnos ada lemah jantung tu Hehe.10 Rusdi, Pemain Simpanan SK Parit Kering Mimi Jamil Like Kisah nasib si pemain simpanan lebih kepada budak suruhan sebenarnya pasukan bola sepak SK Parit Kering yang akhirnya memulakan bibit cinta monyet dengan Siti Normah, seorang pelajar bertugas PBSM.11 Keychain Bola Berbaju Pink Zulaikha Sizarifalina Ali Like Hamba tak mahu cakap tentang permulaan tetapi endingnya buat hamba gelak tak berhenti untuk sepuluh saat.12 Aku Bookie Bolasepak Nama Nami Super Like Informative dan sekarang hamba tahu bagaimana bookie bola sepak menjalankan tugas tak mulia mereka 13 Jersi Bola 7 Shafaza Zara Syed Yusof So so Entahlah, tak berapa nak tertarik dengan cerita ni 14 Oleh Bir Dan Bola Mohd Azmen So so Cerita yang menarik tetapi hamba tak boleh nak berkenan.15 Misi Bola Gila Julie Anne So so Kisah Mai sebenarnya Jamal dan rakan rakannya yang menyertai pertandingan futsal demi membantu rakan mereka yang mengalami komplikasi akibat pembedahan silikon dada Sangat menarik cerita ni tetapi hamba terganggu saja dengan bahan ceritanya Hamba sangat tipikal kadang kadang.16 Bukan Sebab Bola Nadia Khan Like Tak tahu hendak kata apa tetapi hamba suka cerpen ini Buat hamba tertanya tanya sampai ke sudah.17 Aku Yang Kegersangan Syaihan Syafiq So so Hamba tak suka bukan kerana ada unsur memperdaya dalam cerpen ini tetapi kerana penggunaan perkataan dan ayat ayat celuparnya Menganggu tahap serius pada hamba.18 Sepak Bola Ridhwan Saidi Like Kisah Prof Mokhtar yang sesuka hati menukar orang menjadi bola dengan mesin anehnya Menarik dan agak ngeri.19 Bahlul vs Beautiful Shaz Johar So so Permulaan dan twist cerita yang menarik tetapi satu perkataan itu memusnahkan semuanya Bagus atau tidak, perlu jadi koleksi Itulah kesimpulan hamba tentang buku ini Beberapa perkara dari cerpen di dalamnya, secara peribadi, menganggu gugat keselesaan hamba tetapi masih hamba merasakan berbaloi memiliki buku ini Pertamanya kerana hamba seorang peminat bola sepak tempatan saja tau kerana hamba belum cukup tabah untuk bangun jam 2 atau 3 pagi semata mata mahu menonton MU, ManCity, Arsenal dan sewaktu dengan itu semua Ya, menonton liga tempatan lebih menepati pola tidur alias kewarasan hamba dan hamba suka The Red Warriors P Keduanya kerana buku ini datang bersama goodie bag hijau dari Fixi .Memandangkan hamba punya lagi 5 buah buku Fixi yang belum dibaca, hamba merasakan hamba perlu bersiap sedia untuk membuat tapisan sendirian berhad berhubung babak dan perkataan perkataan celupar yang nampaknya sinonim dengan buku buku merekachokengtitik

    titikchokengs Hamba suka cover buku ini simple warna hijau yang lawa.


  2. says:

    Sekadar cerpen kebanyakan yang cuma ada menyebut tentang bola Pada mulanya persepsi aku sarat dengan jargon jargon bola, aksi yang bikin adrenalin kelajuan atau taktikal atas padang yang menerujakan Dan hampir semuanya berkisar di luar stadium Selaku homosapien yang menghabiskah separuh hari dengan mengambil tahu tentang bola sepak, pasti meletak harapan yang tinggi dan nyata mengecewakan.Namun ia berjaya diambil sebagai antologi yang menghiburkan dengan line up penulis FIXI yang bukan calang calang Ada kelucuan di dalamnya, ada juga cerita lemau yang tak sepatutnya wujud dalam kumpulan cerpen ini.


  3. says:

    10 Langkah Adib ZainiKenangan kisah silam masa kecil terimbas semula oleh dua orang sahabat Ceritanya manis, mudah hadam dan terkadang membuat kau akan fikir, masih sempatkah kau untuk hidup melihat anak kau membesar Rodong Hasrul RizwanSaudara Hasrul Rizwan mengambil sisi perspektif dan naratif yang tidak tersangkakan Objek sfera bernama bola sepak bukan digunakan sebagai alat permainan, sebaliknya pelampung yang bakal menentukan hidup mati seorang pelarian yang ingin kembali ke negara asalnya Satu cerpen yang kukira digarap dengan kemas.Liga Mandrem Dayang NoorKelakar Walaupun pada hemat aku agak klise sebenarnya mengaitkan bola sepak dengan bomoh membomoh kerana sudah banyak benar cerita dan berita yang berkait namun jenaka yang diselitkan dalam bait bait dialog yang dilontarkan kadang kadang membuat kau berfikir tentang ketelusan hidup kau sebagai seorang manusia di bumi ini.Diari Raja FaisalPenulis yang tidak terlepas daripada menulis kisah kisah fiksyen sains yang memerlukan daya imaginasi yang agak tinggi Bayangkan darurat di masa akan datang, bayangkan kancah janaan tenaga baru, bayangkan ayah yang terpisah daripada anaknya yang membesar tanpa mengenal benar ayahnya sendiri Agak meruntun jiwa, dan aku kira kalau dikembangkan menjadi sebuah novella pun amat bagus sebenarnya.Sesaat Ke Gawang Faizal SulaimanTajuknya agak misleading Aku sendiri sampai ke sudah tidak faham kenapa tajuknya begitu Maaf kalau aku tulis spoiler, tetapi ini kisah seorang fidofilia yang laparkan daging muda Naratifnya agak mengelirukan kerana awalan ceritanya memungkinkan pembaca fikir ke arah lain Entahlah Maaf, Faizal tapi pada hemat aku cerpen kali ini tidak seinzal cerpenmu dalam KOPI.Bola Api Arif ZulkifliSatu lagi cerpen yang menjengah ke genre fiksyen sains, membayangkan bagaimana kalau negara yang kita anggap aman damai ini dijajah mohon dijauhkan semula dan bola sepak merupakan permainan hiburan bagi kelas yang menindas Aku cuma agak kecewa dengan bagaimana ia disudahkan Eh, macam tu je habis Mohon penulisnya pertimbangkan usulanku untuk kembangkan cerpen ini untuk setidak tidaknya menjadi satu novella yang kukira bakal menggiurkan.Satu Sama Asyraf BaktiSalah satu daripada tiga cerpen yang bagi aku kurang menyengat Entahlah Kisah tentang perancangan sekumpulan orang kampung untuk payback terhadap seorang kenamaan yang mahu menziarah terasa seperti tidak cukup ummph Walaubagaimana pun, ceritanya bagus Naratif dan dialognya membuat aku senyum dan ketawa sendirian ketika sedang membacanya.Menjadi Tuhan Fikri MistiSpoiler ini kisah Maradona, jagoan bola sepak yang dikagumi seantero dunia Itu sahaja Yang anehnya kenapa di awalan cerita ketika watak utama digambarkan masih kanak kanak, dia berbicara dalam loghat utara Kesengajaan yang menerujakan kerana secara tidak langsung aku belajar fakta bola sepak lewat pembacaan cerpen yang digarap dengan baik ini.Burger Bola Special Hani Amira SurayaComel yang klise Kisah boy likes girl, boy wants to propose to girl, girl delay the response ala novel chic lit.Rusdi, Pemain Simpanan SK Parit Kering Mim JamilAku gambarkan watak Adam Sandler versi kanak kanak persis dalam filem The Waterboy bila membaca cerpen ini Rusdi budak bawah umur yang menaruh hati terhadap Siti Normah, si PBSM yang memakai bra merah jambu Agak keterlaluan sebenarnya bila aku bayangkan, wujudkah perasaan sebegitu kuat dari seorang budak lelaki bawah umur yang baru beberapa tahun berkhatan Seingat aku ketika aku seusia Rusdi, aku tiada masa untuk fikir itu semua melainkan main teng teng dan tuju kasut bersama rakan rakan seusia Eh.Keychain Bola Berbaju Pink Zulaikha Sizarifalina AliMoral ceritanya, jangan ambil kutip barang yang ditemui melainkan wang atau telefon bimbit Eh kerana khuatir hidupmu akan jadi kucar kacir seperti apa yang berlaku ke atas Zam Dia diintai dua lelaki kacak yang sepertinya berselera untuk mendekati Zam Kelakar, cuma aku kira plotnya bergerak terlalu laju sehingga ada beberapa perincian seperti kurang dijelaskan Kalau ditulis semula dan dikembangkan, pastinya akan tambah kemas dan lucu.Aku Bookie Bolasepak Nama NamiPembaca ikut tumpang mengikuti kisah seorang bookie Tiada apa yang menarik, melainkan ia sarat dengan ulasan perlawan bola yang pada hemat aku agak membosankan.Jersi Bola 7 Shafaza Zara Syed YusofKehebatan Lord Zara dalam menyusun dan mempersembahkan jalan cerita bukan linear memang tidak dapat disangkal lagi Aku asyik terbayangkan wajah kacak Remy Ishak apabila watak Dzail muncul Eh Suatu peringatan untuk saudari Zara, bau kondom strawberi tidak sekuat mana, ya Melainkan kalau kau lumur lumurkannya ke wajahmu Eh.Oleh Bir Dan Bola Mohd AzmenAntara cerpen kegemaranku Retorik jukstaposisi pengharapan watak utama dengan realiti sebenar dirinya ternyata suatu tempelakan buat mereka di luar sana yang mahu sihat sasa tanpa berusaha.Misi Bola Gila Julie AnneSatu lagi cerpen kegemaranku Terbayang Gol Gincu versi akak akak Namun jujurnya penyudahnya buat aku pekup mulut tahan sebak hampir menangis iniseriusBukan Sebab Bola Nadia KhanPembaca sekali lagi disajikan dengan terma terma medikal yang mengujakan Siapa yang minat Manchester United ada kenalanku bilang hanya gay yang minat MU sebab sebutannya mirip men s chest jer. garukepala pasti akan terasa sipi sipi Eh.Aku Yang Kegersangan Syaihan SyafiqEh Cerpen sendiri Perlu diulaskah senyum malu malu sambil pintal rantai leher dengan loket teddy bear Sepak Bola Ridhwan SaidiCerpen daripada penulis FIXI kegemaranku ini sekali lagi mengungguli carta senarai sebagai cerpen yang paling aku gemari Ya, cakaplah aku biased atau apapun, Ridhwan Saidi bagi aku merupakan seorang penulis yang amat amat berbakat kerana dia mampu hasilkan tulisan yang bikin kau sebut What the eff Bahlul vs Beautiful Shaz JoharSi mangsa memakan pemangsa yang mencuba untuk memangsakan mangsa Ha, cukup tersirat tak ulasan aku Two thumbs up untuk cerpen kreatif ini.


  4. says:

    Aku teruja gila nak beli buku ni sebab ada beberapa penulis yang memang buku pertama yang dorang tulis mampu aku bagi hampir 5 bintang Tapi bila dah baca aku betul betul kecewa, apa yang aku harapkan aku tak dapat dari buku.


  5. says:

    Walaupun aku salah seorang daripada penyumbang cerpen dalam ini, ada beberapa cerpen lain yang buat aku tergolek mengantuk masa membaca Maaf Tapi ada sesetengah cerpen yang buat aku senyum dan ketawa gembira Ah, buat apa mahu kekal serius sentiasa


  6. says:

    Satu bintang untuk cuma satu cerpen saja yang aku suka Lain lain, lebih sesuai untuk cerpen buku berbentuk blook bukan buku limited edition seperti ini Tapi aku rasa blook kat malaysia ni pun ada yang punya tulisan lagi bagus dari yang lain lain itu.Pendapat aku lah.


  7. says:

    Sebagai seorang yang tak minat langsung dengan sukan bola, saya enjoy membaca cerita cerita inspirasi sukan bola yang ada dalam koleksi ini Walaupun ada cerita yang saya rasa tidak kena mengena langsung dengan bola, secara keseluruhannya saya rasa editor pandai menyusun cerita cerita mengikut topik yang dipilih.


  8. says:

    Tidak seenak Kopi dan dua bintang itu menurut Goodreads, it was okay.


  9. says:

    Ada yang cerita buat aku, eh ini pun boleh jadi limited edition


  10. says:

    sebenarnya,aku dalam dilema sama ada nak bagi 2 bintang atau 3 bintang untuk antologi cerpen yang satu ni jadi,sebagai menghargai usaha semua penulis, aku bagi 3 bintang.secara keseluruhan, aku agak kecewa dengan penyampaian bola dalam semua cerpen cinta seolah olah mengambil tempat tema utama dalam cerpen unsur bola itu aku kira sebagai unsur pelengkap yang berfungsi lebih kurang 1% dalam cerpen yang ada keupayaan penulis untuk menarik minat dan menaikkan adrenalin pembaca mengenai bola sepak aku kira tidak berjaya even antara penulisnya merupakan orang yang mahir dalam selok belok bola sepak walaupun aku seorang poseur dalam bola sepak tapi aku harapkan dengan membaca BOLA, aku boleh fahami dengan lebih mengenainya atau sekurang kurangnya merasakan ada keterujaan dalam permainan yang dinamakan bola sepak ini hal ini menyebabkan aku rasakan perjalanan cerita sangat perlahan sehingga aku sempat take a nap kejap.ok, tadi ulasan dari sudut semantik bola itu sendiri makna yg dipersetujui majoriti jika disebut bola,anggapannya lebih kepada bola sepak.jika dilihat, bola dari sudut tambahan maknanya, aku tepuk tangan buat beberapa penulis terutamanya beberapa penulis cerpen yang akhir memang aku malas nak state nama penulis cerita mengenai makna tambahan lebih menarik perhatian aku kerana keupayaan penulis menggarap jalan cerita namun, ceritanya tidak begitu menginzalkan mungkin disebabkan terhadnya jumlah perkataan.p s maafkan saya atas komentar tak berilmu ini.


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *